Rabu, 7 Januari 2009

7 Perkara Ganjil

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk di jual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginannya bertaubat kepada ALLAH S.W.T. Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.”

“Yang pertama, aku melihat mayat yang pada siang harinya dengan menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku melelihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa begitu wahai tuan guru?” Tanya pemuda itu. “Wahai anak muda, meraka itulah golongan yang ‘telah mensyirikkan ALLAH S.W. T. sewaktu hidup mereka. Lantaran ALLAH S.W.T. menghinakan mereka memalingkan wajah mereka dari menghadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadat tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, “Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka yang sangat elok semasa mereka di masukkan ke liang lahat. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah merka telahpun menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?” Jawab ahli ibadat tersebut, “Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidup meraka. Sesungguhnya solat merupakan amalan pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan kita yang lain.”

Pemuda itu menyambung lagi, “Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku luhat, pada waktu siang mayatnya kelihatan saperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada wktu malam hari, ku lihat perutnya terlalu menggelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak dari perutnya itu.”

“Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.

“Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu wahai tuan guru?”

Jawab ahli ibadah itu, “Wahai pemuda, itulah golongan kmanusia yang derhaka kepada kudua ibu bapanya sewaktu mereka hidup. Sesungguhnya ALLAH S.W.T. sama sekali tidak redha kepada kedua ibu bapanya.”

“ku lihat adapula mayat yang kukunya tersangat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan sehingga terkeluar segala isi dari tubuh badannya,” sambung pemuda itu.

“Anak muda, mereka itulah golongan yang suka memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak suka bertugur sapa lebih dari 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w pernah bersabda , bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.

“Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Dan Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, kulihat mayat terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,”

“Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya.” Jawab ahli ibadah itu tadi.

“Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lahat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru,” tanya pemuda itu lagi.

“Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh kemuliaan disisi ALLAH S.W.T. baik sewaktu hayat mahupau matinya.”

INGATLAH,SESUNGGUHNYA DARIPADA ALLAH S.W.T. DAN KEPADANYA JUALAH KITA AKAN KEMBALI.KITA DIPERTANGGUNGJAWAB ATAS SETIAP AMALAN YANG KITA LAKUKAN,HATTA WALAUPUN SEBESAR ZARAH.

Prepare By:-

NurFarahin Amir Hussin.

farah_balqishas@yahoo.com

are-eiyn92@yahoo.com

Tiada ulasan: