Khamis, 9 Oktober 2008

berhari raya dalam keimanan bukannya beraya sakan

Selamat Hari Raya Aidilfitri. munkin masih belum terlewat untuk mengucapkan salam lebaran, oleh itu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam lebaran kepada semua orang yang menatap blog ini. bagaimanakah dengan hari raya pada tahun ini? adakah meriah atau ala kadar sahaja? bagaimana pula dengan perbelanjaan anda sempena menyambut hari raya pada tahun ini? adakah anda telah terlajak menggunakan wang anda ataupun perbelanjaan anda lebih efektif berbanding tahun lalu? di bawah terdapat beberapa cadangan untuk membelanjakan wang anda dengan efektif sempena menyambut hari lebaran. selamat mencuba!!

1. Kurangkan bilangan kuih raya di meja kepada 80%. Jika raya tahun lalu ada 10 jenis, tahun ini cukuplah 8 jenis sahaja. Jadi tahun ini cukuplah 8 jenis sahaja. Jadi, jika satu jenis berharga RM30, sudah jimat RM60.
2. Kurangkan membeli baju raya kepada tiga pasang daripada lima pasang tahun lalu, umpamanya. Penjimatan ini sebanyak 40% dari jumlah pasang baju, tetapi jangan pula apabila bilangan baju dikurangkan, harga setiap pasang meningkat pula! Jika sepasang baju RM100, sudah jimat RM200.
3. Hiasan di rumah pun dijimatkan sebanyak 20% dari tahun lalu. Pilih barangan yang boleh dicuci dan dipakai semula pada tahun ini. Katakan tahun lalu belanja RM300, tahun ini jimat RM60.
4. Campurkan air minuman dengan cordial supaya tetamu bukan hanya dihidangkan air berkarbonat – cuba jimat 20%. Jika tahun lalu belanja RM100, tahun ini jimat RM20.
5. Adakan ‘open house’ secara kecil-kecilan atau berkelompok dengan ahli persatuan penduduk. Ini amat menjimatkan. Jika tahun lalu belanja RM500, mungkin tahun ini boleh berjimat sebanyak RM300 atau RM400.
6. Beli alat tulisan untuk anak-anak yang ingin ‘beraya’, bungkuskan dan letak dalam kotak sebagai hadiah. Setiap anak mungkin diberi RM1 dengan hadiahj ika berjaya menjawab ‘kuiz syawal’ (mesti bersedia dengan soalan dan jawapan sambil menerangkan kepada anak-anak cara memberi ‘angpau’ mereka). Jika tahun lalu peruntukan RM500 untuk duit raya, tahun ini kurangkan 20%, jadi jimat sebanyak RM100.
7. Cuba pulang dengan kenderaan yang lebih menjimatkan, seperti naik KTM, bas, Air Asia, MAS atau Firefly. Jika peruntukan minyak kereta dengan keadaan sekarang akan mencecah RM400 pergi balik, mungkin lebih berbaloi menaiki kenderaan awam atau menerusi pesawat tambang murah. Penjimatan 20% adalah sebanyak RM80.

Keseluruhan penjimatan di atas dijumlahkan RM820 dan jika jumlah ini dilaburkan dalam instrument kewangan (katakana amanah saham) yang memberi pulangan 15% setahun, selama 30 tahun (untuk masa tua) jumlah ini akan bertambah ke RM54 293.65. Banyak juga jumlahnya jika ditabungkan dalam jangka panjang. Jangan fikir dengan berjimat sebanyak RM50 atau RM60 itu tidak memberi impak maksima! Jadi tinjau-tinjaulah tip yang kita kongsi bersama dan amalkan yang dirasai mudah diikuti. Semoga raya kali ini lebih bermakna serta diberkati Allah SWT.


sumber : majalah Anis keluaran syawal.

Tiada ulasan: