Khamis, 20 November 2008

4 perkara sebelum tidur

Sebenarnya banyak perkara yang perlu diambil perhatian sebelum seseorang itu lena diulit mimpi yang indah-indah. Maka wajarlah kiranya sunnah Rasulullah s.a.w itu sendiri dijadikan sebagai amalan seseorang pada setiap malam. Ia adalah lebih afdhal.


( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah......

"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah :

Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"


Sekian untuk ingatan kita bersama.

Rabu, 12 November 2008

berhentilah jadi gelas

Seorang guru sufi mendatangi seorang muridnya ketika wajahnya

kebelakangan ini selalu tampak murung.

"Kenapa kau selalu murung, nak? Bukankah banyak hal yang indah di

dunia ini? Ke mana perginya wajah bersyukurmu?" sang Guru bertanya.

"Guru, belakangan ini hidup saya penuh masalah. Sulit bagi saya untuk

tersenyum. Masalah datang seperti tak ada habis-habisnya," jawab sang

murid muda.

Sang Guru terkekeh. "Nak, ambil segelas air dan dua genggam garam.

Bawalah kemari. Biar kuperbaiki suasana hatimu itu."

Si murid pun beranjak pelan tanpa semangat. Ia laksanakan permintaan

gurunya itu, lalu kembali lagi membawa gelas dan garam sebagaimana

yang diminta.

"Cuba ambil segenggam garam, dan masukkan ke segelas air itu," kata

Sang Guru. "Setelah itu cuba kau minum airnya sedikit."

Si murid pun melakukannya. Wajahnya kini meringis kerana meminum air

masin.

"Bagaimana rasanya?" tanya Sang Guru.

"masin, dan perutku jadi mual," jawab si murid dengan wajah yang masih

meringis.

Sang Guru terkekeh-kekeh melihat wajah muridnya yang meringis

kemasinan.

"Sekarang kau ikut aku." Sang Guru membawa muridnya ke danau di dekat

tempat mereka. "Ambil garam yang tersisa, dan tebarkan ke danau."

Si murid menebarkan segenggam garam yang tersisa ke danau, tanpa

bicara. Rasa masin di mulutnya belum hilang. Ia ingin meludahkan rasa

masin dari mulutnya, tapi tak dilakukannya. Rasanya tak sopan meludah

di hadapan mursyid, begitu pikirnya.

"Sekarang, cuba kau minum air danau itu," kata Sang Guru sambil

mencari batu yang cukup datar untuk didudukinya, tepat di pinggir

danau.

Si murid menangkupkan kedua tangannya, mengambil air danau, dan

membawanya ke mulutnya lalu meneguknya. Ketika air danau yang dingin

dan segar mengalir di tenggorokannya, Sang Guru bertanya

kepadanya, "Bagaimana rasanya?"

"Segar, segar sekali," kata si murid sambil mengelap bibirnya dengan

belakang tangannya. Tentu saja, danau ini berasal dari aliran sumber

air di atas sana. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah.

Dan sudah pasti, air danau ini juga menghilangkan rasa masin yang

tersisa di mulutnya.

"Terasakah rasa garam yang kau tebarkan tadi?"

"Tidak sama sekali," kata si murid sambil mengambil air dan

meminumnya lagi. Sang Guru hanya tersenyum memperhatikannya,

membiarkan muridnya itu meminum air danau sampai puas.

"Nak," kata Sang Guru setelah muridnya selesai minum. "Segala masalah

dalam hidup itu seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih.

Hanya segenggam garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus

kau alami sepanjang kehidupanmu itu sudah dikadar oleh Allah, sesuai

untuk dirimu. Jumlahnya tetap, segitu-segitu saja, tidak berkurang

dan tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun

demikian. Tidak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang Nabi, yang

bebas dari penderitaan dan masalah."

Si murid terdiam, mendengarkan.

"Tapi Nak, rasa `masin' dari penderitaan yang dialami itu sangat

tergantung dari besarnya 'qalbu'(hati) yang menampungnya. Jadi Nak, supaya

tidak merasa menderita, berhentilah jadi gelas. Jadikan qalbu dalam dadamu itu

jadi sebesar danau."

sumber : sahabat

Selasa, 11 November 2008

salam pertemuan........

asssalamualaikum........lama sudah rasanya balqis tidak menghantar post baru.....maaf kepada sahabat-sahabat.tahniah diucapkan kepada sahabat junduLlah yang telah menang bertanding pilihan raya MPP baru-baru ini...kepada sahabat-sahabat di kampung AB, teruskanlah perjuangan..bersahabat kerana ALLAH..kerana....
'sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar,
sahabat yang setia bagai pewangi yang harum,
sahabat yang sejati menjadi pendorong impian dan
sahabat yang mulia membawa kita ke jalan ALLAH'
terima kasih kepada sahabat perjuangan ainul iman n ainun syifa'.........semoga persahabatn ini kekal utuh selam-lamanya...........:)

Khamis, 9 Oktober 2008

berhari raya dalam keimanan bukannya beraya sakan

Selamat Hari Raya Aidilfitri. munkin masih belum terlewat untuk mengucapkan salam lebaran, oleh itu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam lebaran kepada semua orang yang menatap blog ini. bagaimanakah dengan hari raya pada tahun ini? adakah meriah atau ala kadar sahaja? bagaimana pula dengan perbelanjaan anda sempena menyambut hari raya pada tahun ini? adakah anda telah terlajak menggunakan wang anda ataupun perbelanjaan anda lebih efektif berbanding tahun lalu? di bawah terdapat beberapa cadangan untuk membelanjakan wang anda dengan efektif sempena menyambut hari lebaran. selamat mencuba!!

1. Kurangkan bilangan kuih raya di meja kepada 80%. Jika raya tahun lalu ada 10 jenis, tahun ini cukuplah 8 jenis sahaja. Jadi tahun ini cukuplah 8 jenis sahaja. Jadi, jika satu jenis berharga RM30, sudah jimat RM60.
2. Kurangkan membeli baju raya kepada tiga pasang daripada lima pasang tahun lalu, umpamanya. Penjimatan ini sebanyak 40% dari jumlah pasang baju, tetapi jangan pula apabila bilangan baju dikurangkan, harga setiap pasang meningkat pula! Jika sepasang baju RM100, sudah jimat RM200.
3. Hiasan di rumah pun dijimatkan sebanyak 20% dari tahun lalu. Pilih barangan yang boleh dicuci dan dipakai semula pada tahun ini. Katakan tahun lalu belanja RM300, tahun ini jimat RM60.
4. Campurkan air minuman dengan cordial supaya tetamu bukan hanya dihidangkan air berkarbonat – cuba jimat 20%. Jika tahun lalu belanja RM100, tahun ini jimat RM20.
5. Adakan ‘open house’ secara kecil-kecilan atau berkelompok dengan ahli persatuan penduduk. Ini amat menjimatkan. Jika tahun lalu belanja RM500, mungkin tahun ini boleh berjimat sebanyak RM300 atau RM400.
6. Beli alat tulisan untuk anak-anak yang ingin ‘beraya’, bungkuskan dan letak dalam kotak sebagai hadiah. Setiap anak mungkin diberi RM1 dengan hadiahj ika berjaya menjawab ‘kuiz syawal’ (mesti bersedia dengan soalan dan jawapan sambil menerangkan kepada anak-anak cara memberi ‘angpau’ mereka). Jika tahun lalu peruntukan RM500 untuk duit raya, tahun ini kurangkan 20%, jadi jimat sebanyak RM100.
7. Cuba pulang dengan kenderaan yang lebih menjimatkan, seperti naik KTM, bas, Air Asia, MAS atau Firefly. Jika peruntukan minyak kereta dengan keadaan sekarang akan mencecah RM400 pergi balik, mungkin lebih berbaloi menaiki kenderaan awam atau menerusi pesawat tambang murah. Penjimatan 20% adalah sebanyak RM80.

Keseluruhan penjimatan di atas dijumlahkan RM820 dan jika jumlah ini dilaburkan dalam instrument kewangan (katakana amanah saham) yang memberi pulangan 15% setahun, selama 30 tahun (untuk masa tua) jumlah ini akan bertambah ke RM54 293.65. Banyak juga jumlahnya jika ditabungkan dalam jangka panjang. Jangan fikir dengan berjimat sebanyak RM50 atau RM60 itu tidak memberi impak maksima! Jadi tinjau-tinjaulah tip yang kita kongsi bersama dan amalkan yang dirasai mudah diikuti. Semoga raya kali ini lebih bermakna serta diberkati Allah SWT.


sumber : majalah Anis keluaran syawal.

mencari keberkatan doa

Doa adalah senjata orang mukmin. Pe;bagai cara orang menadah tangan ketika berdoa. Ustaz Abdullah Mahmud, pendakwah tanah air menurunkan beberapa panduan tata cara berdoa; iaitu

1. Angkat tangan ke paras dada.

2. Raptkan kedua-dua tangan. Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum menjadi huruf ba. Titik ba letak di hati. rendah daripada tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah dalam al-quran diperintahkan satu malaikat iaitu Har Hayaail yang menjaga huruf ba. Malaikat ini akan mengankat doa terus menghadap ALLAH tanpa perantara.

3. Duduk dalam keadaan sopan seperti duduk tahiyat akhir. Jika berdiri, berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar.

4. Sepanjang berdoa banyakkan memuji kebesaran ALLAH dan menyebut nama-nama ALLAH yang lain sesuai dengan keperluan kita pada masa itu. Contohnya, mohon mirahkan rezeki, Ar-Razaq

5. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh dari hati. Jangan rasa tertekan apabila tidak tahu berdoa dalam bahasa arab kerana ALLAH itu maha pengasih. Allah sangat memahami dan maha mendengar segala bicara tulus hamba-hambanya.

6. Ajarkan kepada anak-anak dan seluruh ahli keluarga supaya bersungguh-sungguh dalam menjada adab semasa berdoa. Sesunggguhnya apabila dari kecil telah dibiasakan bersungguh-sungguh dalam bermunajat kepada ALLAH, insyaALLAH ia akan membentuk peribadi baik dalam kehidupan seharian.

sumber : Majalah Anis

Rabu, 24 September 2008

pilihan raya JAKMAS AB sesi 2008/2009


NAMA: SITI RAHIMAH BT AMIR HUSSIN
KURSUS: TAHUN 2, PSIKOLOGI KAUNSELING
ASAL: MANJUNG, PERAK
PRINSIP HIDUP: JANGAN SESEKALI TAKUT UNTUK MULAKAN LANGKAH PERTAMA, KERANA IA PERINTIS LANGKAH SETERUSNYA…YOU’RE BORN TO WIN!!

P : PERPADUAN
S : SAHSIAH
I : INTELEKTUAL
K : KEBAJIKAN
O : ORGANISASI

Apa yang dipaparkan di atas ialah poster dan manifesto saya sempena kempen pilihan raya pemilihan JAKMAS sesi 2008/2009. Saya merupakan salah seorang daripada 10 calon JAKMAS kolej kediaman AB iaitu Mohammed Fanshuri Bin Badaruddin, Sharin Abdul Rahim, Julkifflye Bin Abdullah, Faridzul Bin Marukis, Fadzir Anuar, Mohan, Mohd Faiz, Nor ’Atifah Binti Abu Koshin dan saya sendiri Siti Rahimah Binti Amir Hussin. Kami hanya diberikan masa selama satu hari sahaja untuk berkempen. Oleh itu, pelbagai strategi dan teknik yang digunakan sewaktu berkempen untuk memenangi hati warga kolej kediaman bagi meraih undi. Teringat sahabat saya memberitahu, suasana berkempen membolehkan dia melihat pelbagai karekter dan personaliti baru yang ditonjolkan oleh calon JAKMAS. Ada yang sebelum ini malu-malu kucing, tiba-tiba menjadi berani dan ada juga yang selama ini cukup lokek dengan senyuman, tiba-tiba amat pemurah dengan senyuman yang paling manis. Ini semua gara-gara ingin meraih undi. Seperti ucapan saya sewaktu malam manifesto ” berdirinya saya di sini, bukan untuk meminta simpati daripada sesiapa, tetapi untuk meraih undi daripada anda semua”.
Akhirnya, 9 orang calon JAKMAS telah diisytiharkan dengan undian yang tertinggi dimenangi oleh Sharin bin Abdul Rahim. Seorang calon terpaksa disingkirkan kerana kerusi yang ditawarkan oleh pihak HEP hanyalah 9 buah kerusi sahaja. Saudara Mohan terpaksa akur dengan keputusan tersebut...sabar ye...dugaan semua tu..
Tahniah kepada pimpinan JAKMAS sesi 2008/2009. semoga dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin. Nantikan amukan JAKMAS AB !!!

ORGANISASI JAKMAS AB
SESI 2008/2009

YANG DIPERTUA
(EXCO KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN)
Mohammed Fanshuri Bin Badaruddin

NAIB YANG DIPERTUA
(EXCO HAL EHWAL WANITA, HELWA)
Nor ‘Atifah Binti Abu Koshin

SETIAUSAHA
Siti Rahimah Binti Amir Hussin

BENDAHARI
(EXCO PEMBANGUNAN ALAM SEKITAR DAN LANSKAP)
Sharin Bin Abdul Rahim


MAJLIS EKSEKUTIF

EXCO KEROHANIAN DAN KEBUDAYAAN
Julkifflye Bin Abdullah

EXCO AKADEMIK DAN KEPIMPINAN
Rommell Ray Maidin

EXCO SUKAN DAN REKREASI
Mohd Nurfaiz Bin Arib

EXCO PERHUBUNGAN KORPORAT (PRO)
Mohd Fadzir Anuar Bin Abdul Majid

EXCO EKONOMI DAN KEUSAHAWANAN (EEK)
Faridzul Bin Marukis

ramadhan yang mulia

Bulan yang penuh berkah dan rahmat datang lagi. Sebagai umat Islam, kita semua mestilah merebut peluang ini dengan sebaik-baiknya. Lakukanlah sebanyaknya amal soleh serta mempertingkatkan dan memperbanyakkan lagi amal ibadat pada bulan yang mulia ini. Di sini dikemukakan cadangan amalan yang boleh diikuti oleh kita semua.
Di bawah ini disenaraikan satu saranan program untuk umat islam di bulan ramadhan

Seorang yang beragama Islam memulakan harinya, dengan bersahur sebelum masuk waktu subuh. Lebih baik jika ia dapat dilewatkan beberapa ketika sebelum terbit fajar.
Selepas itu boleh bersiap sedia untuk mengerjakan solat subuh, berwudhuk di rumah dan berjalan ke masjid sebelum azan berkumandang
Selepas memasuki masjid, dirikanlah solat dua rakaat(tahiyatul masjid). Kemudian, duduk dan membaca doa atau membaca al-Quran atau berzikir sehingga azan dilaungkan. Cubalah menjawab azan yang dialungkan oleh muazzin dan membaca doa selepas azan. Kemudian, mendirikan solat sunat subuh dua rakaat. Selepas itu, jika masih ada masa terluang, bolehlah membaca al-Quran atau doa sehingga muazzin iqamah untuk mendirikan solat subuh berjemaah.
Selepas menunaikan solat subuh berjemaah, eloklah membaca zikir selepas solat. Kemudian, jika ingin terus duduk di masjid sehingga matahari naik, dia boleh berzikir atau membaca al-Quran kerana itulah amalan Rasulullah S.A.W selepas setiap kali solat subuh.
Kira-kira suku jam selepas matahari naik, sunat mendirikan solat dhuha sekurang-kujrangnya dua raakat. Jika tidak, boleh melengahkan solat sehingga masa yang dipilihnya ketika hari bertambah panas atau mahatari lebih tinggi.
Jika sesiapa terasa ingin tidur sebentar sebelum memulakakan kerja, berniatlah untuk memulihkan tenaga dalam beribadat dan mencari rezeki agar diberi pahala oleh ALLAH. Adalah dianjurkan untuk meniru cara tidur Rasulullah S.A.W.
Setelah semua itu selesai, bolehlah pergi bekerja dan apabila masuk watktu solat zuhur, disunnatkan pergi awal ke masjid dan bersedia untuk menunaikan solat zuhur berjamaah.
Mendirikan solat 4 rakaat(Solat sunat sebelum zuhur). Ia dilakukan dua rakaat diikuti salam, kemudian bangun dan menyambung lagi dua rakaat menjadikannya 4 rakaat beserta dua salam. Selepas mendirikan solat zuhur berjemaah, dirikanlah solat sunat selepas zuhur sebanyak 2 rakaat
Selepas solat, sempurnakanlah segala tanggungjawab ditempat kerja sehingga tiba waktu pulang. Jika masih ada masa terluang, bolehlah tidur sebentar sebelum tiba waktu asar. Jika bimbang terlepas melakukan solat asar berjemaah, bolehlah menyibukkan diri dengan sebarang aktiviti yang sesuai sehingga tiba waktu solat. Sama ada pergi ke pasar untuk mendapatkan keperluan keluarga atau terus ke masjid sehingga selesai mengerjakan solat asar.
Selepas asar, bolehlah melakukan sebarang aktiviti yang sesuai seperti membaca al-Quran atau sebagainya. Jika seseorang itu berasa penat, bolehlah berehat bagi mengembalikan tenaga untuk persediaan solat terawih pada sebelah malam.
Sebelum azan maghrib, bersiap sedialah untuk berbuka. Pada waktu itu, lakukanlah sesuatu yang berfaedah seperti berdoa atau berbual-bual dengan isteri dan anak-anak tentang perkara yang bermanfaat.
Salah satu amalan baik yang boleh dilakukan ialah mengambil bahagian dalam mengagihkan makanan kepada orang yang berbuka puasa. Ini adalah satu nikmat yang tidak diketahui ramai kecuali mereka yang telah melakukannya.
Selepas berbuka, bolehlah terus ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah. Dirikanlah solat sunat selepas maghrib 2 rakaat, kemudian bolehlah kembali ke rumah.
Diharuskan makan makanan yang masih terhidang tetapi jangan terlalu banyak. Kemudian, lakukanlah sebarang aktiviti untuk mengisi masa samaada dengan membaca buku atau berbual-bual tentang perkara yang diizinkan bersama anggota kerluarga. Jangan sekali-kali melakukan perkara-perkara haram pada waktu-waktu begini.
Pada waktu ini biasanya media elektronik menghidangkan program-program menarik yang mengandungi perkara-perkara yang tidak bermoral. Berusahalah untuk mengalih pandangan keluarga terutamanya anak-anak daripada perkara-perkara yang sia-sia.
Bersiap sedia untuk menunaikan solat Isyak. Seelok-eloknya pergilah ke masjid sebelum masuk waktu dan membaca al-Quran atau mendengar sebarang sebarang syarahan jika ada.
Selesai mengejarkan solat isyak, diikuti dengan solat sunat selepasnya, mulakanlah solat terawih bersama imam dengan penuh kusyuk serta menghayati ayat yang dibaca. Jangan berhenti selagi imam tidak berhenti. Rasulullah bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya sesiapa yang berdiri(dan solat) bersama imam sehingga selesai, dicatatkan baginya seperti mengerjakan solat sepanjang malam. (Diriwayatkan oleh Abu Daud: 1370 dan lain-lain)

Selepas solat terawih, bolehlah merangka apa-apa program yang sesuai dengan masa dan keadaan serta keperluan peribadi seseorang. Walaubagaimanapun, beri penekanan perkara-perkara berikut:
1. Hindari perubuatan haram dan menutup semua pintu ke arah itu.
2. Pastikan keluarga tidak melakukan perkara haram dan menasihati mereka dengan berhikmah. Contohnya, menyediakan program khusus untuk mereka, membawa mereka melawat tempat yang diharuskan, mengelakkan mereka daripada berkawan dengan orang yang tidak berakhlak dan mencarikan mereka kawan yang berpekerti mulia.
3. Berusahalah untuk tidur awal mengikut cara tidur Rasulullah S.A.W. Selesaikanlah pembacaan al-Quran ataupun mana-mana buku yang belum dihabiskan pada hari itu.
4. Peruntukanlah masa yang cukup untuk bersahur. Berdoa sebanyak mungkin pada waktu ini kerana sepertiga akhir malam adalah masa ALLAH turun. Dia memuji mereka yang memohon keampunan daripadaNya. Dia juga berjanji akan mengabulkan doa dan menerima taubat hamba yang bertaubat kepadanya. Jadi, janganlah melepaskan peluang ini.
5. Pada hari jumaat di bulan ramadhan. Jumaat adalah hari terbaik di dalam seminggu. Jadi, kita hendaklah mempunyai jadual khas untuk beribadat pada hari ini. Cuba lakukan perkara berikut:
6. Datang awal ke masjid untuk mendirikan solat jumaat.
7. Berusahalah untuk berada di masjid selepas solat asar dan mengisinya dengan membaca al-Quran dan berdoa sehingga waktu-waktu terakhir hari itu. Pada masa inilah doa dimakbulkan. Ambillah peluang pada hari ini untuk melengkapkan segala amalan yang tidak sempat disempurnakan sepanjang minggu.
8. 10 hari terakhir ramadhan. 10 hari terakhir meliputi malam al-Qadar yang merupakan malam terbaik daripada seribu bulan.Maka, disunatkan beriktikaf di dalam masjid pada masa ini sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. Melakukan iktikaf pada waktu ini merupakan satu rahmat besar daripada ALLAH. Sesiapa yang tidak mampu melakukannya sepanjang 10 hari, cubalah dapatkan sebanyak yang termampu. Hidupkanlah malam ini dengan mendirikan solat, membaca al-Quran, berzikir dan berdoa. Sebaiknya berehat pada siang hari agar mudah berjaga pada sebelah malam.
9. Program ini hanyalah satu cadangan. Ia boleh diubah dan setiap orang boleh menyesuaikannya mengikut keadaan. Apa yang disenaraikan di sini lebih menumpukan kepada amalan yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. Ini tidak bererti setiap yang disebut di sini mesti dibuat dan diwajibkan. Ia hanya meliputi banyak perkara yang berbentuk sunnah dan amat digalakkan. Sebaik-baik amalan disisi ALLAH ialah yang berterusan sungguhpun sedikit. Pada awal bulan ramadhan lazimnya seseorang sangat cenderung melakukan amal ibadat, kemudian keghairahan menurun sedikit demi sedikit. Berjaga-jagalah dari keadaan itu dan bertekadlah untuk sentiasa beristiqamah pada bulan yang berkat ini. Umat Islam hendaklah berusaha untuk mengatur masanya dalam bulan ini agar tidak terelpas peluang untuk melakukan amalan soleh. Berusaha untuk membeli segala keperluan keluarga sebelum masuk bulan ini. Pilihlah waktu yang sesuai untuk melawat kawan dan saudara mara agar amal ibadat pada bulan ini tidak tergangu.
10. Beribadatlah sebanyak mungkin dan dekatkanlah diri kepada ALLAH.
11. Bertekadlah dari awal bulan untuk pergi ke masjid di awal waktu agar dapat mengerjakan solat berjemaah dan memperbanyakkan qiamullai serta bersedekah.
12. Ambillah sebaik peluang dalam bulan ramadhan untuk mengukuhkan hubungan dengan al-Quran melalui kaedah berikut. Membetulkan bacaan. Cara yang betul untuk memenuhi tuntuan ini ialah dengan mendapatkan seseorang yang pakar dalam membaca al-Quran atau mendengar kaset qari-qari yang terkenal. Mengulangi setiap ayat yang dihafal untuk meningkatkan daya ingatan.

o Membaca buku-buku tafsir, seperti Tafsir al-Baghawi, Tafsir Ibn Katsir dan Tafsir al-Sa’di. Mulakan dengan juzuk ke-30 diikuti dengan juzuk ke-29 dan seterusnya.

o Bertekad untuk menyempurnakan segala tuntutan ALLAH sebagaimana yang terdapat dalam ayat yang dibaca.

o Semoga ALLAH melengkapkan kepada kita keberkatan ramadhan dan membantu kita untuk mengerjakan ibadat puasa dan qiamullai sepenjang bulan. Juga menerima segala amalan kita serta mengampunkan dosa yang kita lakukan.

Selasa, 9 September 2008

kasih sayang menurut islam

Kasih sayang adalah satu sifat yang terpuji yang amat digalakkan bagi setiap individu muslim yang mengamalkannya dalam kehidupan. Setiap insan mahu diri mereka disayangi. Oleh itu wujud sistem kekeluargaan dalam masyarakat yang berteraskan kasih sayang ini untuk kehidupan yang aman damai. Apabila sifat kasih sayang mula luntur ditambah pula sifat dendam dan kebencian, ianya akan menjanjikan kehancuran kepada sesuatu bangsa atau masyarakat.
Dalam ajaran Islam terdapat banyak ayat Al-Quran dan Hadis yang menyeru ke arah memupuk semangat kasih sayang antara sesama Islam. Pernah Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang berbunyi:
Maksudnya: “ Orang Mukmin itu mengasihani saudaranya seperti mana ia mengasihani dirinya sendiri. “
Inilah sebabnya baginda Rasulullah s.a.w menyatupadukan golongan Aus dan Khazraj yang berperang lebih dari seratus tahun, semata-mata melalui perasaan kasih sayang. Malah kehadiran orang Muhajirin disambut dengan hati yang terbuka oleh orang Ansar, dengan penuh rasa simpati dan kasih sayang yang amat mendalam. Sifat pengorbanan juga jelas kelihatan di kalangan para sahabat yang sanggup berkongsi apa jua kesenangan dan kesusahan dalam kalangan mereka. Inilah faktor utama kewujudan sebuah masyarakat dinamik yang muncul di tengah Kota Madinah, walaupun kota tersebut sebelum ini diselaputi dengan prasangka buruk dan kebencian sesama Arab Madinah. Malah ia juga dapat meningkatkan taraf dan kedudukan masyarakat Arab Madinah yang sebelum ini hanya bekerja sebagai petani dan peladang, kepada suatu kedudukan yang dihormati. Peranan orang Muhajirin yang banyak berkongsi pengalaman dan kemahiran juga telah membawa perubahan yang ketara dalam kehidupan masyarakat Kota Madinah.
Jelaslah bahawa Rasulullah s.a.w telah dapat menyusun masyarakat Madinah yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, bangsa dan agama dengan konsep kasih sayang dan tolerensi yang telah membawa satu kekuatan yang utuh. Kota Madinah pernah diserang oleh musuh, namun dengan semangat kerjasama dan pengorbanan yang tinggi, dapat ditangkis segala serangan tersebut. Kalau sebelum ini Kota Madinah telah dikuasai ekonomi dan maruahnya oleh orang Yahudi, maka kehadiran Muhajirin telah membantu umat Islam ketika itu meningkatkan taraf hidup dan pemikiran mereka untuk berdikari dan berusaha bersungguh-sungguh. Akhirnya ladang dan harta orang Ansar yang tergadai ke tangan orang-orang Yahudi itu telah dapat mereka tebus kembali. Maka tepatlah sabda Baginda Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
Maksudnya: “ Orang Mukmin ibarat sebuah bangunan yang masing-masing berpaut satu sama lain. “
Apabila kita meninjau akan kelemahan kita masa kini serta perpecahan yang berlaku ke atas umat Islam, puncanya ialah kita tidak lagi meletakkan semangat kasih sayang dalam pergaulan kita sehari-hari. Akibatnya mudahlah musuh Islam menyebarkan pelbagai hasutan dan propaganda agar umat Islam terus berpecah dan bertelingkah sesama sendiri, yang akhirnya membawa kepada kejatuhan umat dan negara Islam itu sendiri. Ini amat menguntungkan musuh-musuh Islam, lagi memudahkan mereka merampas hak dan tanah air kita dengan cara memperalatkan sesama kita. Malah dalam sejarah bangsa Melayu, pernah kita mengajak Inggeris, menyediakan kelengkapan perang untuk menjatuhkan sesama Melayu. Akibatnya negara kita dijajah.
Masyarakat yang kita harapkan ialah sebuah masyarakat yang penuh dengan semangat kasih sayang serta kerjasama, dapat mengembalikan maruah dan kekuatan perpaduan sesama Muslim. Apa yang penting ialah nilai-nilai kasih sayang perlu diberi perhatian utama dalam pembentukan sahsiah Muslim, seterusnya diserap dalam keluarga dan masyarakat kita.
Sifat-sifat keji yang menjurus kepada kebencian hendaknya kita hindari dari terus tersemat di dalam masyarakat kita. Antara sifat buruk itu ialah suka mencaci sesama Islam, mengadu domba, membuat fitnah dan sebagainya. Ini ternyata akan merugikan kita kelak dan Baginda Rasulullah s.a.w sendiri melarang sifat buruk tersebut. Baginda dengan tegas telah menyatakan di dalam sabdanya yang berbunyi:
Maksudnya: “ Orang mukmin tidak suka mengutuk-ngutuk.” (Riwayat Tarmidzi)
Malah banyak lagi hadis yang melarang segala sifat keji ini. Antara punca lahirnya sifat-sifat keji itu ialah:
1. Hilang rasa malu dan rendah diri kita terhadap segala perkataan dan perbuatan kita.
2. Meletakkan nafsu dan dorongan rasa benci terhadap saudara kita.
3. Rasa benci dan ketidakpuasan hati kita yang telah mengawal akal dan hati kita.
Akibatnya lahirlah satu gerakan yang bermula dari individu, seterusnya menjadi satu golongan yang besar yang membawa kepada rasa kebencian sesama kita demi kepentingan individu tertentu. Maka ketika itu mudahlah musuh mengeksploitasikan orang Islam untuk kepentingan mereka. Maka jatuhlah kerajaan dan negara umat Islam seperti di Indonesia, negara-negara Arab dan Afrika yang hanya memikirkan cara untuk menghapuskan saudaranya sahaja, bukan untuk membantu dan meningkatkan maruah serta martabat bangsa mereka sendiri.
Oleh itu marilah kita bersama-sama dengan semangat kasih sayang yang pernah menjanjikan kebahagiaan kepada kita dan melupakan segala kesengsaraan. Biarlah kita semai diri setiap kita dengan hati yang jujur lagi ikhlas, dengan ajaran yang murni semoga berkekalan hingga ke generasi anak cucu cicit kita seterusnya. Banyak tanggungjawab kita yang belum selesai dan sesungguhnya kebencian tidak pernah menjanjikan kebahagiaan kepada sesiapa pun jua.

Rumusan
Kasih sayang membentuk jiwa dan hati kita supaya menjadi halus dan suka kepada kedamaian dan kesejahteraan. Semoga semangat itu terus menjadi teras pembina akhlak anak kita di rumah. Biarlah cerita dan andaian ke arah kebencian antara kita dihentikan. Semoga tidak merosakkan hati kita dan anak-anak kita.

Sabtu, 30 Ogos 2008

hikmah puasa ramadhan

Oleh Ustaz Syed Hasan Alatas

"Wahai orang-orang yang beriman ! Diwajibkan kepada kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang yang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa." (Surah al-Baqarah:183)

PUASA menurut syariat ialah menahan diri dari segala sesuatu yang membatalkan puasa (seperti makan, minum, hubungan kelamin, dan sebagainya) semenjak terbit fajar sampai terbenamnya matahari, dengan disertai niat ibadah kepada Allah, kerana mengharapkan redha-Nya dan menyiapkan diri meningkatkan Taqwa kepada-Nya.

RAMAHDAH bulan yang banyak mengandung Hikmah di dalamnya. Alangkah gembiranya hati mereka yang beriman dengan kedatangan bulan Ramadhan. Bukan sahaja telah diarahkan menunaikan Ibadah selama sebulan penuh dengan balasan pahala yang berlipat ganda, malah dibulan Ramadhan Allah telah menurunkan kitab suci al-Quranulkarim, yang menjadi petunjuk bagi seluruh manusia dan untuk membezakan yang benar dengan yang salah.

Puasa Ramadhan akan membersihkan rohani kita dengan menanamkan perasaan kesabaran, kasih sayang, pemurah, berkata benar, ikhlas, disiplin, terhindar darpada sifat tamak dan rakus, percaya pada diri sendiri, dsb.

Meskipun makanan dan minuman itu halal, kita perlu mengawal diri kita untuk tidak makan dan minum daripada terbit fajar hingga terbenamnya matahari, kerana mematuhi perintah Allah. Walaupun isteri kita sendiri, kita tidak mencampurinya diketika masa berpuasa demi mematuhi perintah Allah s.w.t.

Ayat puasa itu dimulai dengan firman Allah: "Wahai orang-orang yang beriman" dan disudahi dengan:" Mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaqwa. "Jadi jelaslah bagi kita puasa Ramadhan berdasarkan keimanan dan ketaqwaan. Untuk menjadi orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah kita diberi kesempatan selama sebulan di bulan Ramadhan, melatih diri kita, menahan hawa nafsu kita dari makan dan minum, mencampuri isteri, menahan diri dari perkataan dan perbuatan yang sia-sia, seperti berkata bohong, membuat fitnah dan tipu daya, merasa dengki dan khianat, memecah belah persatuan ummat, dan berbagai perbuatan jahat lainnya.Rasullah s.a.w.bersabda:
"Bukanlah puasa itu hanya sekadar menghentikan makan dan minum tetapi puasa itu ialah menghentikan berbicara kosong dan kata-kata kotor."
(H.R.Ibnu Khuzaimah)

Beruntunglah mereka yang dapat berpuasa selama di bulan Ramadhan, kerana puasa itu bukan sahaja dapat membersihkan Rohani manusia juga akan membersihkan Jasmani manusia itu sendiri, puasa sebagai alat penyembuh yang baik. Semua alat pada tubuh kita senantiasa digunakan, boleh dikatakan alat-alat itu tidak berehat selama 24 jam. Alhamdulillah dengan berpuasa kita dapat merehatkan alat pencernaan kita lebih kurang selama 12 jam setiap harinya. Oleh kerana itu dengan berpuasa, organ dalam tubuh kita dapat bekerja dengan lebih teratur dan berkesan.

Perlu diingat ibadah puasa Ramadhan akan membawa faedah bagi kesihatan
rohani dan jasmani kita bila ditunaikan mengikut panduan yang telah ditetapkan, jika tidak maka hasilnya tidaklah seberapa malah mungkin ibadah puasa kita sia-sia sahaja.

Allah berfirman yang maksudnya:
"Makan dan minumlah kamu dan janganlah berlebih-lebihan sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan." (surah al-A'raf:31)

Nabi s.a.w.juga bersabda:
"Kita ini adalah kaum yang makan bila lapar, dan makan tidak kenyang."
Tubuh kita memerlukan makanan yang bergizi mengikut keperluan tubuh kita. Jika kita makan berlebih-lebihan sudah tentu ia akan membawa mudharat kepada kesihatan kita. Boleh menyebabkan badan menjadi gemuk, dengan mengakibatkan kepada sakit jantung, darah tinggi, penyakit kencing manis, dan berbagai penyakit lainnya. Oleh itu makanlah secara sederhana, terutama sekali ketika berbuka, mudah-mudahan Puasa dibulan Ramadhan akan membawa kesihatan bagi rohani dan jasmani kita. Insya-Allah kita akan bertemu kembali.

Allah berfirman yang maksudnya: "Pada bulan Ramadhan diturunkan al-Quran
pimpinan untuk manusia dan penjelasan keterangan dari pimpinan kebenaran
itu, dan yang memisahkan antara kebenaran dan kebathilan. Barangsiapa menyaksikan (bulan) Ramadhan, hendaklah ia mengerjakan puasa.
(surah al-Baqarah:185)

Diantara nama bulan Ramadhan yang maghfirah adalah Syahrut Tabiyah dan Sahrul Jihad. Inilah nama-nama lain bulan Ramadhan yang penuh hikmah ini Ramadhan adalah tamu yang sangat agung yang selalu dinanti dan ditunggu oleh kaum muslimin di seluruh dunia. Ada beberapa hikmah dari bulan Ramadhan yang penuh berkah dan maghfirah ini, iaitu sesuai dengan nama dari bulan Ramadhan itu sendiri. Bulan Ramadhan memiliki banyak nama disamping Ramadhan itu sendiri, diantaranya ialah :

1. Syahrut-Tarbiyah (Bulan Pendidikan)
Kenapa bulan Ramadhan disebut dengan syahrut Tarbiyah/bulan pendidikan, kerana pada bulan ini kita dididik langsung oleh Allah SWT. seperti makan pada waktunya sehingga kesihatan kita terjaga. Atau kita diajarkan oleh supaya bisa mengatur waktu dalam kehidupan kita. bila waktu makan, bila waktu bekerja, bila waktu istirahat dan bila waktu ibadah.

2. Syahrul Jihad
Pada masa Rasulullah, peperangan banyak terjadi pada bulan Ramadhan dan itu semua dimenangkan kaum muslimin. Yang paling penting kita rasakan sekarang adalah kita berjihad melawan hawa nafsu sendiri, sehingga kita tetap bersungguh-sungguh menjalan aktiviti kita.

3. Syahrul Qur'an
Al-Qur'an pertama sekali diturunkan di bulan Ramadhan dan pada bulan ini sebaiknya kita banyak membaca dan mengkaji kandungan Al-Qur'an sehingga kita faham dan mengerti perintah Allah yang terkandung di dalamnya.

4. syahrul Ukhuwah
Pada bulan ini kita merasakan sekali ukhuwah diantara kaum muslimin terjalin sangat erat dengan selalu berinteraksi di Masjid/Mushollah untuk melakkukan solat berjama'ah. Dan diantara tetangga juga saling menghantarkan juadah berbuka sehingga antara kaum muslimin terasa sekali kebersamaan dan kesatuan kita.

5. Syahrul Ibadah
Bulan Ramadhan disebut juga dengan Bulan ibadah kerana pada bulan ini kita banyak sekali melakukan ibadah-ibadah sunnah disamping ibadah wajib seperti solat sunnat dhuha, rawatib dan tarawih ataupun qiyamullai serta tadarusan al-qur'an.

Itulah diantara hikmah dari bulan Ramadhan sesuai dengan nama-namanya.

10 perkara jangan.

  1. jangan sengaja lewatkan solat. perbuatan ini Allah x suka. Kalau tertidur lain cerita.
  2. jangan masuk bilik air tanpa pakai alas kaki (selipar). takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah.
  3. jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah (sumbing). makruh kerana ia berbahaya.
  4. jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. makruh dan mewarisi kepapaan.
  5. jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal.
  6. jangan makan tanpa baca bismillah dan doa makan. nanti rezeki dikongsi syaitan.
  7. jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. takut-takut kita mati dalam perjalanan.
  8. jangna pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. makruh dan mewarisi kepapaan.
  9. jangan biarkan mata liar di perjalanan. nanti hati gelap diselaputi dosa.
  10. jangan bergaul bebas di tempat kerja. banyak buruk daripada baiknya.

Jumaat, 29 Ogos 2008

muslimah harapan

persismu permata berlian menjadi rebutan pejuang,
keutuhan yang tersimpan di balik tabir yang tenang,
keayuan yang terpancar disinar cahaya iman,
itulah muslimah harapan.
gerak langkahnya yang sopan disulam zikir di ingatan,
keyakinan yang mendalam menjadi tangan pejuangan,
jasad hayatnya diserahkan untuk sebuah perjuangan,
itulah muslimah harapan.
muslimah puteri harapan,
dikaulah harapan membela Islam yang mulia,
muslimah puteri harapan dikaulah cahaya,
menjadi lambang Islam yang gemilang.
puteri harapan srikandi Islam,
tetaplah kau dalam perjuangan,
menjadi sayap kiri di medan,
meneguhkan benteng pertahankan Islam.
gamitan leka duniawi tersungkur jauh di hatimu,
kau sematkan kecintaan yang mendalam,
terhadap Tuhanmu.juga untuk suami tersayang,
kau didik generasi mendatang,
untuk agama tercinta.